KashXpress

Notis Privasi
Notis Privasi - AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA)
KOPERASI ANAK-ANAK TEMPATAN PANTAI BARAT SABAH BERHAD dan/atau mana-mana anak syarikatnya selepas ini dirujuk sebagai KOPAAS menghormati privasi pelanggannya berhubung data peribadi.Notis Privasi ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta). Kami percaya bahawa Notis ini membolehkan anda memahami perkara-perkara berikut:-
a. Apakah jenis Maklumat Peribadi yang KOPAAS mengumpul dan cara-cara mengumpulnya.
b. Bagaimana KOPAAS menggunakan Maklumat Peribadi anda.
c. Pihak-pihak yang KOPAAS mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada.
d. Pilihan yang ditawarkan oleh KOPAAS, termasuk cara untuk mangakses dan mengemaskini Maklumat Peribadi.
*Nota: “Maklumat Peribadi” dalam Notis Privasi ini dikaitkan dengan maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda kepada pihak kami. Seterusnya, maklumat ini mempunyai nama, alamat, pekerjaan, butiran untuk dihubungi, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan maklumat lain yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. Dalam pada itu, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai sekiranya anda merupakan individu perseorangan.
Apabila anda memohon produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki untuk mengemukakan Maklumat Peribadi anda kepada KOPAAS. Dengan berbuat demikian, anda perlu bersetuju dengan KOPAAS dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda selaras dengan Notis Privasi yang dinyatakan ini.
Jenis maklumat yang kami kumpulkan termasuk tetapi tidak terhad kepada data dan maklumat yang berkaitan dengan diri anda seperti nama, alamat, alamat e-mel (atau butiran yang boleh dihubungi), umur, jantina, bangsa, nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (No. KP), maklumat kewangan seperti baki bank anda, transaksi bank, aset, liabiliti dan pendapatan serta kemudahan kredit dan rekod anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang lain. Maklumat ini berfungsi untuk mewujudkan identiti, latar belakang, kedudukan kewangan dan kebolehpercayaan kredit anda serta kesesuaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPAAS dan rakan kongsi perniagaan kami, jika berkenaan. Kami mungkin akan memperoleh maklumat daripada anda dan daripada pelbagai sumber termasuklah yang tidak terhad kepada: a. Melalui hubungan anda dengan pihak kami, sebagai contoh maklumat yang disediakan oleh anda di borang permohonan, apabila menggunakan produk dan servis, apabila anda mengambil bahagian dalam maklum balas tinjauan pelanggan, pertandingan dan promosi, dan semasa tinjauan kewangan; b. Melalui komunikasi lisan, bertulis dan komunikasi e-mel anda dengan kami dan/atau ejen kami yang sah; c. Melalui analisis cara anda mengguna dan menguruskan akaun/ perkhidmatan anda dengan kami, melalui transaksi yang anda buat dan melalui pembayaran yang anda buat ke akaun/ perkhidmatan kami; d. Daripada pihak ketiga seperti majikan, penyedia maklumat rujukan kredit, agensi kerajaan/berkanun, dan/atau e. Daripada sumber-sumber lain yang berkenaan dengannya dimana anda telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau jika ia tidak dihadkan.
KOPAAS akan mengumpul, mengguna, dan/atau memproses data peribadi anda untuk keperluan-keperluan berikut: a. Untuk memproses permohonam produk yang ditawarkan oleh KOPAAS dan/atau rakan perniagaannya dan/atau perkhidmatan yang telah anda langgani; b. Untuk memaklumkan anda tentang perubahan penting/perkembangan kepada ciri-ciri produk/perkhidmatan; c. Untuk menilai/mengesahkan kelayakan kredit anda; d. Untuk berkomunikasi dengan anda termasuk menjawab pertanyaan anda dan/atau aduan dan menyelesaikan konflik; e. Untuk tujuan pakatan strategik, penjualan silang, pemasaran, dan promosi; oleh unit / jabatan / entiti dalam KOPAAS, ejen dan pihak ketiga kami; f. Untuk mematuhi dengan keperluan peraturan dan memberikan bantuan kepada agensi penguatkuasa undang-undang; g. Untuk meneliti dan mengembangkan produk dan/atau perkhidmatan; h. Untuk mentadbir dan/atau mengurus produk dan perkhidmatan kepada anda termasuklah dalam memungut hutang dan penguatkuasaan hak dan kewajiban kami; i. Untuk meningkatkan dan mengembangkan perkhidmatan dan jaminan kualiti kepada anda; j. Untuk mencegah, mengesan atau mendakwa kes penipuan / jenayah dan mematuhi kewajiban undang-undang dan peraturan; k. Untuk mengekalkan sejarah kredit anda sebagai rujukan pada masa sekarang dan masa depan (jika diperlukan), dan l. Untuk melindungi kepentingan KOPAAS dan tujuan lain yang berkaitan.
Walaupun KOPAAS memperlakukan Maklumat Peribadi anda sebagai perkara sulit dan peribadi, Maklumat Peribadi anda masih boleh didedahkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada yang berikut:- a. Entiti dan unit perniagaan dalam KOPAAS di Malaysia, untuk tujuan menyediakan tawaran pemasaran dan promosi terkini yang mungkin menarik bagi pelanggan; b. Pemegang lesen, rakan niaga dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga; c. Penasihat profesional termasuk perunding, peguam, akauntan, juruaudit, jurubank, agensi penarafan, pemegang amanah, penanggung insurans, pelelong dan broker berdasarkan keperluan untuk mengetahui tujuan memberikan perkhidmatan / nasihat mereka kepada kami; d. Biro kredit, CTOS, agensi pemungut hutang dan/atau pihak lain yang berfungsi untuk membantu pemulihan hutang; e. Ejen atau kontraktor yang bertindak bagi pihak kami atau yang telah dilantik oleh kami untuk mewakili pihak kami; f. Peraturan, badan kerajaan atau pihak berkuasa lain jika dikehendaki atau diberi kuasa untuk berbuat demikian untuk melaksanakan apa-apa fungsi pengawalseliaan di bawah mana-mana undang-undang atau berhubung dengan apa-apa perintah atau penghakiman mahkamah g. Mana-mana institusi / pihak yang relevan untuk memudahkan permintaan / urusan anda berkenaan dengan kemudahan kredit, akaun, produk dan/atau perkhidmatan yang diperoleh dari KOPAAS; h. Mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh anda; i. Mana-mana orang atau syarikat yang boleh dipindahkan atau dicadangkan oleh KOPAAS untuk memindahkan sebahagian daripada kepentingan, kewajipan, perniagaan dan/atau operasi. Tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada KOPAAS dan selanjutnya tertakluk kepada hak anda seperti yang dinyatakan dalam notis ini. Anda boleh memaklumkan kepada kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima sebarang tawaran pemasaran dari kami, dari entiti individu dalam KOPAAS dan/atau dari peniaga dan rakan niaga kami dengan melaporkan kepada kami melalui saluran yang dinyatakan di bawah Fasal 10 notis ini.
Keselamatan maklumat anda adalah keutamaan kami. KOPAAS menyimpan, melindungi dan memproses Maklumat Peribadi anda dengan cara yang selamat dengan menjaga perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur keselamatan, sesuai dengan peraturan yang telah tersedia. Kami juga akan memastikan bahawa akses pekerja KOPAAS ke maklumat Peribadi yang anda telah berikan kepada kami adalah terhad hanya untuk pekerja terlatih yang diberi kuasa dalam mengendalikan maklumat anda. Kakitangan yang terpilih ini ditegaskan untuk memastikan maklumat anda tidak tersebar dan sentiasa menghormati privasi anda.
KOPAAS akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan mematuhi Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan KOPAAS sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami, untuk tempoh yang mungkin diperlukan bagi melindungi kepentingan KOPAAS dan/atau pelanggannya yang dianggap perlu, dimana jika ia diperlukan oleh undang-undang dan berdasarkan dasar yang relevan yang diperlukan oleh KOPAAS.
Bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPAAS, anda diminta untuk memberikan Maklumat Peribadi yang diperlukan oleh KOPAAS seperti yang ditunjukkan di dalam borang permohonan. Sekiranya anda enggan memberikan maklumat peribadi wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menawarkan anda mana-mana produk atau perkhidmatan kami.
Dalam hal penyimpanan data dan maklumat anda yang tepat dan dikemas kini adalah perkara penting bagi kami. Anda bertanggungjawab untuk memastikan Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini. Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada Maklumat Peribadi anda dan meminta pindaan/pembetulan Maklumat Peribadi anda dengan menghubungi kami melalui saluran yang dinyatakan dalam Fasal 10 di notis ini, sekiranya anda mempunyai sebab yang kukuh bahawa rekod anda dengan kami tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini. Kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk menyelesaikan permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda tetapi tertakluk kepada pengesahan yang sewajarnya dan komunikasi selanjutnya dengan anda. Sila ambil perhatian bahawa KOPAAS mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam beberapa situasi tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersial sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk perkara yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan kepada anda terdahulu dan menjelaskan sebab-sebab tidak dapat menuruti permintaan anda. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah KOPAAS boleh menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau mungkin memerlukan bukti dalam bentuk dokumen untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan dalam maklumat baru itu.
Tertakluk kepada Fasal 6 di atas dan hak dan kewajipan kontrak KOPAAS di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan, anda boleh membuat pilihan berhubung dengan pendedahan, pengekalan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami melalui mana-mana saluran yang dinyatakan di bawah dalam Fasal 10 notis ini.
Sebarang kemas kini Notis Privasi ini boleh didapati di laman web http://www.kashxpress.com.my/ dan anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Notis Privasi secara berkala.
Sekiranya anda ingin memohon untuk mengakses kepada Maklumat Peribadi anda, meminta pindaan/pembetulan atau memberikan sebarang maklum balas kepada KOPAAS mengenai Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi kami di alamat berikut, nombor telefon.dan/atau e-mel:-
KOPERASI ANAK-ANAK TEMPATAN PANTAI BARAT SABAH BERHAD (Ibu Pejabat)
Blok A, Lot 9, Tingkat Bawah, Kompleks Sinsuran 88999, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-248 888
E-mail: info@kashxpress.com.my
Scroll to Top