KashXpress

Terma & Syarat
Notis
SILA BACA TERMA DAN SYARAT LAMAN WEB INI SEBELUM MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN ATAU LAMAN WEB. DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMANNYA, IA BERMAKSUD BAHAWA ANDA BERSETUJU UNTUK MENURUTI SEMUA TERMA DAN SYARAT.
Produk dan servis yang tertera di dalam laman web ini hanya ditawarkan di Malaysia di mana ia ditawarkan secara sah oleh KOPERASI ANAK-ANAK TEMPATAN PANTAI BARAT SABAH BERHAD dan/atau mana-mana anak syarikatnya selepas ini dirujuk sebagai KOPAAS. Maklumat dan bahan yang terkandung dalam halaman ini, terma, syarat dan perihalan yang muncul, adalah tertakluk kepada perubahan. Maklumat yang terkandung dalam laman ini tidak bertujuan untuk memberikan nasihat profesional.Kelayakan anda untuk produk dan perkhidmatan tertentu adalah tertakluk kepada penentuan akhir oleh KOPAAS. Maklumat yang terkandung dalam laman web ini tidak bertujuan untuk memberikan nasihat profesional. Kelayakan anda untuk produk dan perkhidmatan tertentu adalah tertakluk kepada penentuan akhir oleh KOPAAS.
KOPAAS memiliki cap dagangan, nama dagangan, logo dan cap servis perkhidmatan yang dipaparkan di laman web ini. Kesemua bahan tersebut tidak boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis. Bahan-bahan di laman web ini dilindungi oleh hak cipta. Tiada bahagian bahan yang boleh diubah suai, dihasilkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan semula, dihantar (dalam apa jua bentuk atau dengan apa-apa cara), disalin, diedarkan, digunakan untuk membuat karya terbitan atau digunakan dalam apa-apa cara lain untuk tujuan komersial atau awam tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu.
Maklumat dan bahan yang terkandung dalam laman web ini, termasuk GEOGRAFI, POLITIK, EKONOMI, STATISTIK dan KEWANGAN boleh berubah dari semasa ke semasa. Walaupun setiap penjagaan telah diambil dalam menyediakan maklumat dan bahan-bahan yang terkandung dalam laman web ini, maklumat dan bahan-bahan tersebut disediakan “setakat yang ada” dan KOPAAS tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kesempurnaan maklumat dan bahan ini, serta dengan jelasnya menolak liabiliti untuk kesilapan atau ketinggalan dalam maklumat dan bahan ini.
KOPAAS tidak menerima liabiliti dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung (termasuk kerugian atau kerosakan khas, sampingan atau berbangkit) daripada penggunaan laman web ini, walau apa pun yang timbul, dan termasuk apa-apa kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang timbul, tetapi tidak terhad kepada, kecacatan, kesilapan, ketidaksempurnaan, kesilapan, atau ketidaktepatan dengan laman web ini, kandungannya atau perkhidmatan yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang ketiadaan laman web, mana-mana bahagiannya, kandungan, perkhidmatan yang berkaitan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, virus komputer, talian atau kegagalan sistem, walaupun KOPAAS telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan, kerugian atau perbelanjaan tersebut.
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang dikawal atau ditawarkan oleh pihak ketiga yang bukan sekutu KOPAAS. Justeru, KOPAAS tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau perubahan pada mana-mana laman web lain yang dipautkan ke laman web ini. Akses kepada dan penggunaan laman web lain tersebut adalah atas risiko pengguna sendiri. KOPAAS tidak boleh dianggap sebagai menyokong, mengesyorkan, meluluskan, menjamin atau memperkenalkan mana-mana pihak ketiga atau perkhidmatan / produk yang mereka sediakan di laman web mereka, yang mempunyai apa-apa bentuk kerjasama dengan pihak ketiga dan laman web tersebut. KOPAAS bukanlah agensi yang berpihak kepada sebarang pengaturan kontrak yang dikuatkuasakan antara anda dan pembekal laman web luaran melainkan dinyatakan dengan jelas atau dipersetujui oleh KOPAAS sendiri.
E-mel yang dihantar kepada KOPAAS melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya. KOPAAS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang ditanggung oleh pengguna apabila mesej dihantar kepada KOPAAS, atau apabila KOPAAS sendiri yang menghantar mesej kepada mereka atas permintaan mereka melalui Internet.
KOPAAS tidak menerima liabiliti untuk sebarang perisian yang dimuat turun daripada laman web ini dan tiada virus atau sifat-sifat lain yang tercemar atau apa jua kerosakan pada sistem komputer anda yang timbul daripada penggunaan laman web ini oleh. Justeru, segala hal daripada perkara ini dilakukan atas risiko anda sendiri.
Disebabkan sifat Internet, segala urus niaga tertakluk kepada gangguan, rintangan daripada sistem penghantaran, kelewatan penghantaran dan penghantaran data yang salah. KOPAAS tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan dalam kemudahan komunikasi yang bukan di bawah kawalannya yang boleh menjejaskan ketepatan masa pada mesej dan transaksi yang anda hantar.
Anda dengan ini bersetuju untuk membayar rugi dan memastikan KOPAAS ditanggung rugi sepenuhnya dan dengan cara yang berkesan berkesan terhadap sebarang tindakan, liabiliti, kos, tuntutan, kerugian, kerosakan, prosiding atau perbelanjaan (termasuk yuran guaman, kos dan perbelanjaan atas dasar ganti rugi penuh) yang dialami atau ditanggung oleh KOPAAS yang timbul daripada atau secara langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan akses anda dan/atau penggunaan laman web KOPAAS atau sebarang pelanggaran dan ketidakpatuhan terhadap mana-mana initipati dalam terma dan syarat ini oleh anda.
Laman web ini sama sekali tidak dimaksudkan untuk diedarkan kepada, atau digunakan oleh, sesiapa pihak atau entiti dalam mana-mana bidang kuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian bertentangan dengan undang-undang atau peraturan di Malaysia.
Penggunaan laman web ini akan ditadbir oleh semua undang-undang Malaysia yang berkaitan.
Scroll to Top